Rabu, 5 Disember 2012

MAKANAN TRADISIONAL SUKU KAUM BAJAU DI SABAH.

SALAH SATU DAYA TARIKAN PARA PELANCONG.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SABAH, SALAM 1MALAYSIA.

JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA ANDA YANG MELAWAT LAMAN BLOG INI. UNTUK TIDAK MENGHAMPAKAN ANDA SEMUA, DI SINI SAYA TELAH MENYEDIAKAN BEBERAPA MAKANAN SUKU KAUM BAJAU YANG TERDAPAT DI SABAH.
MEMANG TIDAK DINAFIKAN AKAN KEUNIKAN MAKANAN SUKU KAUM INI, SEKALIGUS MERUPAKAN SALAH SATU DAYA PENARIK PELANCONG UNTUK MELANCONG KE NEGERI SABAH. SELAIN DAPAT MENIKMATI KEINDAHAN PULAU- PULAU, GUNUNG- GANANG, KAWASAN- KAWASAN MENARIK YANG LAIN, PARA PELANCONG JUGA DAPAT MENIKMATI AKAN KEENAKAN DAN KEUNIKAN MAKANAN SUKU KAUM YANG TERDAPAT DI SABAH AMNYA, DAN SUKU KAUM BAJAU KHASNYA.

DENGAN IN, SAYA TELAH MENYEDIAKAN BEBERAPA GAMBAR MAKANAN SUKU KAUM BAJAU YANG TERDAPAT DI SABAH. ANTARA MAKANAN YANG PALING POPULAR BAGI SUKU KAUM INI IALAH KIMA, LATOK, PUTU, TOMPEK DAN BANYAK LAGI SEPERTI YANG TERDAPAT PADA GAMBAR DI BAWAH INI.

ANTARA MAKANAN SUKU KAUM BAJAU: 

Ikan Pari atau Ikan Buntal

Siagol/ Sagol ( Ikan Pari atau Ikan Buntal )


Ikan Bilis/ Ikan Kasik Mentah


Kilau/ Kinilau ( Ikan Bilis yang diperam dengan air limau dan sedikit cuka )


memang sedap

Ikan Bakar beserta Putu/ Piutu ( Ubi kayu )


sedap kalau dicampur dengan cicaan asam pedas

Latok ( Rumpai laut )


dalam berisi beras dan boleh juga kalau diisi ubi bagi penggemar ubi.


Tehe- Tehe 


yurm


Kima


memang sedap kalau dimakan bersama ikan bakar atau sagol dan makanan lain.

Putu, Tompek, Bamban ( Ubi kayu )




Belangkas/ Bangkas





Ketam/ Kagong/ Kagang.




Udang Galah/ Keyot



Siput/ Dollen


 


Kerang/ Koyang.


Ikan Rebus/ Daeng Lohok


MENARIKKAN MAKANAN SUKU KAUM BAJAU YANG TERDAPAT DI SABAH. ITU BARU DALAM GAMBAR, KALAU MENIKMATI SENDIRI, MEMANG TIDAK AKAN JEMU AKAN KEENAKAN MAKANAN SUKU KAUM INI. TERUTAMA KEPADA PENGGEMAR MAKANAN LAUT.